SABAH, The Malaysian Borneo
Terletak di pulau yang indah iaitu Borneo, Sabah adalah salah satu daripada tiga belas negeri yang terdapat di Malaysia. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia dan berkongsi pulau Borneo dengan Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia.
Sabah kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi, budaya unik, pengembaraan menyeronokkan, pantai yang indah, dan masakan hebat. Kami mempunyai semua, daripada bunga terbesar di dunia - Rafflesia, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu, salah satu tapak menyelam terbaik di dunia - Pulau Sipadan.
Bukan sahaja anda akan kagum dengan tempat-tempat untuk melihat dan perkara yang perlu lakukan di sini, anda juga akan dirawat dengan hospitaliti Sabah yang unik. Meneroka budaya yang unik dan tradisi Sabah dan bersedia untuk mengalami kenangan manis seumur hidup!
Sabah kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi, budaya unik, pengembaraan menyeronokkan, pantai yang indah, dan masakan hebat. Kami mempunyai semua, daripada bunga terbesar di dunia - Rafflesia, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu, salah satu tapak menyelam terbaik di dunia - Pulau Sipadan.
Bukan sahaja anda akan kagum dengan tempat-tempat untuk melihat dan perkara yang perlu lakukan di sini, anda juga akan dirawat dengan hospitaliti Sabah yang unik. Meneroka budaya yang unik dan tradisi Sabah dan bersedia untuk mengalami kenangan manis seumur hidup!
Gunung Kinabalu |
Tempat-tempat yang menarik di Sabah
Poring Hot Spring
Poring Hot Spring terletak
kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi
KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan
itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring
dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh
menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi
menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki
Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga
berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan
gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman
Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
The Tip of Borneo
Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah.
Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung
yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung
Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut
kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.
Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.
Keunikan Masyarakat di Sabah
Pengenalan
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Kadazan Dusun
Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Suku Kaum Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Suku Kaum Murut
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.Suku Kaum Lain :
* Suku Kaum Momogun Rungus* Suku Kaum Iranun
* Suku Kaum Idaan
* Suku Kaum Bisaya
* Suku Kaum Suluk
* Suku Kaum Tidung
Best bets for soccer today - Sports Toto
ReplyDeleteToday, we're going to tell you a 출장안마 few key to checking into 토토사이트 soccer betting apps. of the most https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ popular soccer 출장마사지 betting options and which ones will